KUTIPAN HASIL TANAH
19) KUTIPAN HASIL TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri telah melancarkan Ops Kutip untuk meningkatkan kutipan hasil tanah negeri. Nyatakan prestasi dan jumlah cukai tanah untuk tahun 2009.
Prestasi kutipan cukai tanah bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 telah meningkat
kepada RM8.08 juta menjadikan jumlah kutipan cukai tanah sebanyak
RM443,304,348.85 berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu sebanyak
RM435,224,001.77 dan mencapai sasaran 106.45% berbanding Anggaran Hasil 2009.
