Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

159) KUTIPAN SEWA PARKIR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan hasil kutipan sewa parkir pada 2017 mengikut PBT.

    a) dan b)

     

    Jumlah keseluruhan hasil kutipan sewa parkir tahun 2017 bagi PBT di Negeri Selangor adalah sebanyak RM30,210,702.11. Manakala jumlah keseluruhan bilangan saman parkir yang telah dikeluarkan pada tahun 2017 adalah sebanyak 2,304,131. Jumlah ini adalah bagi PBT selain Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang masih belum melaksanakan kutipan sewa parkir. Perincian jumlah hasil kutipan sewa parkir dan jumlah saman parkir bagi tahun 2017 mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    PBT

    Hasil Kutipan Sewa Parkir (RM) Jumlah Bilangan Saman Parkir
    MBSA 6,947,250.00 440,386
    MBPJ 7,833,672.00 238,724
    MPK 1,100,102.00 268,378
    MPAJ 5,615,406.68 139,269
    MPSJ 3,813,135.00 242,714
    MPS 2,195,015.00 270,347
    MPKj 2,193,532.53 650,439
    MPSp 302,874.00 33,758

     

    MDKL 209,714.90 20,116
    MDHS Belum melaksanakan kutipan sewa parkir
    MDKS Belum melaksanakan kutipan sewa parkir
    MDSB Belum melaksanakan kutipan sewa parkir
    JUMLAH 30,210,702.11 2,304,131

     

    Nota: Sumber Pihak Berkuasa Tempatan

Lampiran

Tiada Lampiran.