LADANG BABI MODEN
28) LADANG BABI MODEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pelaksanaan ladang babi moden di Selangor?
Kerajaan Negeri melalui Pasukan Petugas Khas (Taksforce) sebenarnya sedang melaksanakan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) berkaitan Projek Pembangunan Teknologi Biogas Berasaskan Sumber Pertanian dan Penternakan di Ladang Tumbuk, Kuala Langat, Selangor, di mana projek ini merupakan projek dengan inisiatif swasta Pasukan Petugas Khas ini sedang menilai kebolehlaksanaan (viabiliti) projek yang dicadangkan oleh syarikat swasta.
