LADANG HUTAN

3) LADANG HUTAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 49: ÒPada pendapat Audit, pengurusan hutan secara konsesi kepada PKPS tidak memuaskan kerana memberi kesan kepada kepupusan habitat flora dan fauna bagi kawasan yang terlibat dengan program ladang hutanÓ. Dalam muka surat 48, semakan Audit mendapati seluas 11,381.06 hektar kawasan HSK di Zon Hulu Selangor iaitu HSK Bukit Tarek dan HSK Rantau Panjang telah diberi secara konsesi selama 60 tahun kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pada 22 Februari 2001. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 61-62, Para 3.5.1.2 (a). Apakah butiran-butiran utama dalam perjanjian konsesi selama 60 tahun antara Jabatan dengan PKPS?

    Tahun 2001 melibatkan pemajakan kawasan HSK seluas 10,000 hektar (5,000 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang dan 5,000 hektar di Hutan Simpan Bukit Tarek) untuk tempoh selama 60 tahun bagi tujuan untuk PKPS menghutan semula (reforestation) kawasan ladang hutan ini  mengikut pelan rancangan penghutanan semula Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS)setelah kayu balak  yang ada diusahasilkan/keluaran oleh PKPS secara konsesi. PKPS juga dibenarkan untuk mengadakan Perjanjian secara  sub-lease, joint venture, melantik kontraktor atau subkontraktor bagi melaksanakan konsesi pembalakan dan program penghutanan semula. Seluas 1,000 hektar daripada kawasan ini diperuntukkan untuk Kerajaan Negeri bagi pembangunan ladang buah-buahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.