Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

72) LADANG KELAPA SAWIT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak ladang kelapa sawit milik kerajaan negeri Selangor tidak diuruskan dengan baik dan dibiarkan sahaja serta hasilnya tidak dikutip. Berapakah ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor dan sila berikan maklumat secara terperinci untuk setiap ladang tersebut.

    Sehingga kini PKPS memiliki sebanyak 6 buah ladang kelapa sawit
    manakala anak-anak syarikat PKPS menguruskan sebanyak 2 buah ladang
    yang dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Ladangladang tersebut terletak di negeri Selangor, Kelantan dan Sabah.

Lampiran

Tiada Lampiran.