Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

82) LADANG KERANG DI PERAIRAN SABAK BERNAM

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri telah meluluskan lot - lot kepada pengusaha ladang ternakan kerang di sepanjang perairan sabak bernam khususnya di kawasan sungai air tawar?

    Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke-17/2/2005 bertarikh 6 Julai 2005 dan Kertas EXCO MTES NO. 6/14/2005, telah bersetuju mewujudkan seluas 41,700 ha Kebun Kerang seluruh Selangor yang melibatkan sebanyak 196 lot kebun kerang. Daerah Sabak Bernam, mempunyai 115 lot dan hanya 43 lot sahaja yang aktif iaitu sedang diusahakan oleh penternak kerang darah (Tegillarca granosa) dan berdaftar di Daerah Sabak Bernam, buat masa ini sebanyak 12 lot adalah terletak di dalam kawasan DUN Sungai Air Tawar. Pembahagian lot-lot di DUN Sungai Air Tawar adalah seperti berikut;

    1.  DUA lot (Lot 1 dan Lot 2) diperuntukkan kepada nelayan tulen Sungai Lang,
    2. LIMA lot (Lot 3 hingga Lot 7) diperuntukkan kepada komuniti MyKP gabungan enam pengkalan di Sungai Lang.
    3. LIMA lot (Lot 8 hingga Lot 12) diperuntukkan kepada nelayan tulen Bagan Nakhoda Omar.

     

    Kesemua lot di Daerah Sabak Bernam terletak di kawasan perairan bermula dari Sekinchan sehingga Sungai Lang. Setiap penternak kerang ini diberikan lesen Sistem Kultur Laut (SKL) di mana mereka wajib mematuhi syarat-syarat SKL yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia di bawah Akta Perikanan 1985. Lesen SKL dikawal selia oleh Jabatan Perikanan Negeri Selangor dengan bayaran tahunan sebanyak RM 50  bagi setiap lot, yang menyumbang kepada kutipan hasil negeri Selangor.

    Sebagai tambahan, setiap penternak kerang ini dikecualikan bayaran Lesen Pendudukan Sementara (LPS) daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB). Perkara ini merujuk kepada keputusan MMKN Ke-11/2007, 18 April 2007, perkara 4.1.3 (d).

Lampiran

Tiada Lampiran.