Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

184) LADANG RAKYAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberikan tanah TOL kepada NGO atau golongan belia untuk mengusahakan ladang rakyat

    Selaras dengan visi Kerajaan Negeri Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju Sejahtera dan Berkebajikan, Pentadbiran ini bersedia mempertimbangkan permohonan pelupusan Tanah Kerajaan daripada NGO atau golongan belia. Tujuan permohonan pelupusan boleh diusahakan sebagai ladang rakyat sama ada melalui permohonan pemberimilikan tanah di atas Tanah Kerajaan atau melalui permohonan pajakan tanah rizab ataupun pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di atas tanah rizab Kerajaan yang belum digunakan bagi tujuan perizaban. Pemohon perlu mengemukakan permohonan yang lengkap ke Pejabat Tanah Daerah dengan mengemukakan pelan pra hitungan tanah yang dimohon berserta pelan lokasi dan pelan kunci.  Selain itu, cadangan serta perancangan pembangunan pertanian perlu dikemukakan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri. Ulasan teknikal daripada jabatan teknikal yang berkaitan juga diperlukan untuk membantu Kerajaan Negeri dalam pertimbangan untuk kelulusan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.