Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

274) LADANG UNGGAS

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedar ladang-ladang unggas di Kalumpang, Hulu Selangor yang menyebabkan pembiakan lalat telah menjejaskan kedatangan pelancong?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak berhasrat untuk melarang ladang ternakan menjual atau memberi najis unggas kepada pekebun kecil sebagai baja tanaman kerana ianya telah terbukti sebagai baja yang berkesan dan mesra alam berbanding baja kimia. Namun, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar menggalakkan ladang ternakan merawat najis ayam seperti mengompos menggunakan “Effective Microbe” atau

    E.M. sebelum memberi atau menjual kepada pekebun. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian juga menggalakkan pekebun supaya menggunakan najis yang telah dirawat. Kerajaan Negeri menggesa pemimpin setempat seperti wakil rakyat turut mendidik pekebun di kawasan masing-masing demi kepentingan masyarakat dan pekebun itu sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.