Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

254) LALUAN BASIKAL

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Untuk mengamalkan gaya hidup sihat, apakah rancangan negeri untuk menggalakkan orang ramai dalam aktiviti berbasikal?

    Kerajaan Negeri telah menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan laluan berbasikal berasingan di kawasan yang bersesuaian mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

     

    Sehingga kini, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah menyiapkan 3 laluan berbasikal iaitu di Seksyen 4 dengan jarak sejauh 2.1 km (kos: RM400,000), di kawasan utara Pusat Bandar Shah Alam sedang di dalam proses pembinaan dengan jarak sejauh 6.9 km (kos: RM 4.8 Juta) dan di kawasan selatan Pusat Bandar Shah Alam dalam proses pembinaan dengan jarak sejauh 7.0 km (Kos: RM4.8 juta).

     

    Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya pula telah menyiapkan 3 laluan berbasikal iaitu di Damansara Damai PKU10 dengan jarak sejauh 5.5 km (Kos: RM 380,000), di Ara Damansara PKU1 dengan jarak sejauh 7.5 km (Kos: RM 520,000) dan di Kota Damansara dalam proses pembinaan dengan jarak sejauh11 km (Kos: RM1.3 juta).

    Pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya turut prihatin untuk menyediakan laluan berbasikal di kawasan Puchong Perdana dan ianya masih di dalam proses penyediaan dokumen tender.

Lampiran

Tiada Lampiran.