Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

149) LALUAN KENDERAAN LORI BERAT DI ATAS JALAN AWAM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah pemaju membina bangunan atau membangunkan kawasan tanpa membina laluan khas kenderaan lori untuk kerja-kerja pembangunan projek dan menggunakan jalan awam?

    Komponan  utama bagi pembangunan adalah mempunyai jalan keluar masuk (access) yang berhubung dengan jalan awam bagi memastikan jalan raya dapat dihubungkan bagi setiap pembangunan yang membentuk rangkaian jalan raya. Oleh yang demikian bagi membina laluan khas kenderaan lori bagi kerja-kerja           pembangunan projek adalah sukar.

     

    Walau bagaimanapun, PBT telah mensyaratkan kepada pihak pemaju untuk sediakan laluan khas dalam tapak pembinaan dan jika melibatkan jalan awam, pihak pihak pemaju juga perlu menyediakan papan tanda amaran dan kawalan lalulintas yang mencukupi serta mematuhi syarat-syarat pelan lulus dan syarat guna jalan awam daripada PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.