Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

159) Laluan Kenderaan Lori Berat Diatas Jalan Awam

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan bagi syarikat pemaju yang telah merosakkan infra jalan raya akibat kesan dari pengangkutan berat?

    Bagi kesalahan membawa lebih muatan melebihi 35% Berat Dengan Muatan (BDM), tindakan yang boleh dikenakan terhadap pemilik kenderaan ialah di bawah peruntukan Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

    Hukuman : Denda tidak kurang daripada RM1,000 sehingga tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

    Bagi kesalahan membawa lebih muatan melebihi 10% dan tidak melebihi 35% Berat Dengan Muatan (BDM), tindakan yang boleh dikenakan terhadap pemandu dan pemilik kenderaan ialah di bawah peruntukan Kaedah 89, Kaedah-kaedah kenderaan motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959

    Hukuman : Denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya.

    Berhubung dengan tindakan terhadap pemandu kenderaan barangan yang tidak hadir timbang atau membuang muatan sebelum kenderaan itu ditimbang tindakan mengeluarkan saman akan dilaksanakan atas tuduhan di bawah subsekyen 63(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

    Hukuman : Denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya.

    Tindakan yang telah diambil pada tahun 2019 dan 2020 adalah seperti di Lampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.