Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

200) LALUAN KOMUTER / LRT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada perancangan untuk membuat laluan LRT, khasnya di sekitar Taman Templer?

    Perancangan bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit – LRT) di Negeri Selangor adalah berdasarkan pelan cadangan yang dikenalpasti melalui Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor (PIPANS) dan hanya dapat dilaksanakan dengan kerjasama penuh Kerajaan Persekutuan terutamanya dari segi peruntukan sekiranya dipertimbang dan diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Oleh itu, Kerajaan Negeri juga belum mempunyai sebarang perancangan bagi laluan LRT di kawasan Taman Templer. Ini kerana penyediaan pengangkutan awam berasaskan rel memerlukan kos yang sangat tinggi dan di luar kemampuan Kerajaan Negeri, manakala sektor pengangkutan awam adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan pengangkutan awam yang sistematik dan menyeluruh di setiap negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.