Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

206) LALUAN LRT 3 KE KUALA LANGAT

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat cadangan untuk melanjutkan jajaran laluan LRT3 dari Johan Setia ke Kuala Langat dan Banting. Adakah kerajaan bercadang untuk melanjutkannya ke Bandar Banting dan berangkai dengan Stesen ECRL Jenjarom?

    Pelaksanaan projek Transit Aliran Ringan atau LRT3 pada masa ini hanya melibatkan jajaran dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang dan Kerajaan Negeri belum menerima sebarang cadangan bagi sambungan LRT3 dari Johan Setia ke Kuala Langat dan Banting.

    Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan sambungan laluan LRT Lingkaran 3 yang dikenalpasti di dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor adalah melalui Johan Setia ke Nilai di mana cadangan bagi jajaran ini turut melalui pekan Jenjarom dan Banting seterusnya merentasi lebuhraya dan menghala ke KLIA hingga ke Bandar Nilai, manakala kedudukan stesen ECRL masih belum dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan. Pelaksanaan projek ini memerlukan penglibatan daripada pelbagai pihak terutama agensi pelaksana pengangkutan berkaitan khususnya di peringkat Kerajaan Persekutuan tertakluk kepada kewangan atau ketersediaan peruntukan Kerajaan serta kemampuan agensi pelaksana yang berminat.

Lampiran

Tiada Lampiran.