Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

265) LAMAN HERBA DAN INSENTIF RM20 RIBU SEHEKTAR BAGI MENJAYAKAN PENANAMAN HERBA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah faktor utama yang menjayakan laman herba?

    Faktor utama menjayakan laman herba adalah seperti berikut

    1. Terdapatnya permintaan yang menggalakkan terhadap jenis-jenis             herba tertentu seperti limau purut, sirih dan serai.
    2. Pokok herba ini mudah ditanam dan dijaga tanpa memerlukan       kepakaran khusus.

Lampiran

Tiada Lampiran.