Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

104) LAMAN WEB INVEST SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan keberkesanan laman web ini dalam membantu kemasukan pelaburan ke Selangor?

    Laman web baharu Invest Selangor Berhad telah dilancarkan pada bulan Mei 2016 dan beralamat iaitu www.investselangor.my. Ini adalah tepat pada masanya yang membolehkan pengaksesan pada pelbagai peranti mudah alih serta ia mengandungi maklumat terkini dan boleh diakses di mana-mana dan pada bilabila masa juga.

     

    Melalui laman web ini juga ia memudahkan lagi para pelabur untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dalam perkhidmatan yang disediakan oleh Invest Selangor dan insentif yang berpatutan yang disediakan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) – dan seterusnya mempamerkan kepada dunia

    “Selangor The Golden State of Malaysia”.

     

    Maklumat lain yang juga boleh di dapati di laman web ini seperti Why Selangor, Starting A Business, Permohonan Lesen Pengilang, Site Selection, Core Clusters, Resource Centre dan pengumuman tertentu seperti program-program terkini yang telah di jalankan. Pautan ke portal laman web ke jabatan atau agensi lain juga boleh membantu para pelabur untuk memudahkan lagi proses pencarian maklumat-maklumat yang berkaitan.

    Pengisian         maklumat       di dalam         laman             web     dibuat             mengikuti    mengikut perkembangan semasa agar apa yang ingin disampaikan kepada pelabur adalah cepat dan tepat seterusnya membantu dalam kemasukan pelaburan ke Selangor.

    Alat pencarian (search tools) telah dinaik taraf supaya pengunjung dapat mencari maklumat dengan lebih mudah, mesra pengguna dan cepat melalui carta interaktif, direktori, video dan juga testimoni pelabur.

    Sebarang makluman tentang aktiviti – aktiviti terbaru juga dimuatnaik di dalam laman web ini yang mana mempunyai pautan terus ke aplikasi media sosial yang lain seperti twitter, facebook dan linkedin. Dengan itu, para pengguna boleh mendapat maklumat terkini dengan lebih pantas.

Lampiran

Tiada Lampiran.