LAMAN WEB RASMI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
1) LAMAN WEB RASMI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah nilai tambah yang sedia dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mensinergikan laman-laman web ADUN seluruh Selangor dengan laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor?
Objektif Kerajaan Negeri Selangor meletakkan maklumat ADUN di dalam laman web rasmi kerajaan negeri adalah :
- Penyampaian maklumat yang mudah dan cepat – memudahkan rakyat mendapatkan informasi mengenai wakil rakyat mereka hanya dengan mencapai laman web rasmi kerajaan negeri tanpa perlu mencari di internet atau menelefon pejabat dewan
- Maklumat Tepat dan Telus – segala informasi mengenai ADUN seperti nama, kawasan, alamat pejabat, no telefon pejabat, alamat rumah dan email. Ada juga diantara ADUN yang meletakkan no telefon bimbit dan blog di dalam informasi tersebut.
Sasaran Kerajaan Negeri Selangor meletakkan maklumat ADUN di dalam laman web rasmi kerajaan negeri adalah untuk seluruh dunia, rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Selangor khasnya.
Berdasarkan statistik di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, bermula 1 Ogos 2005 sehingga 30 Jun 2011, seramai 182,288 mencapai page ADUN untuk melihat dan mandapatkan maklumat mengenai ADUN di Selangor.
Disamping itu, pegawai di Pejabat DUN juga telah memberi kerjasama dengan memberikan maklumat terkini mengenai ADUN di kawasan mereka melalui email ke webmaster Laman web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor untuk dikemaskini.
