Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

128) LAMBAKAN PUSAT MEMBELI BELAH

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membendung masalah lambakan pusat membeli belah ini tambahan lagi dengan keadaan pendemik sekarang yang lebih menghadkan lagi pengunjung untuk datang?

    Pembangunan pusat membeli belah selari dengan kemajuan ekonomi, taraf hidup dan cara hidup masyarakat. Keperluan dan penyediaan pusat membeli belah mampu dikawal dengan menghadkan jumlah pembangunan dan komponen pembangunan melalui pemerkasaan gunatanah di dalam Dokumen Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Tempatan atau Rancangan Kawasan Khas dengan mengawal plot ratio dan keluasan zon perniagaan serta di peringkat PBT masing-masing.

    Bagi pengunjung yang mengunjungi pusat membeli belah perlu mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pemilik premis di pusat membeli belah juga perlu sentiasa mematuhi arahan Kerajaan dari semasa ke semasa bagi mengelak penularan wabak covid-19.

Lampiran

Tiada Lampiran.