Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

257) LAMPU ISYARAT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi menggantikan lampu isyarat yang rosak/hilang/tidak berfungsi dibawah seliaan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan? sila nyatakan mengikut DUN.

    Di bawah peruntukan MARRIS, kerja-kerja penyelenggaraan elektrik bagi menelenggara lampu jalan dan lampu syarat berjumlah RM6 Juta setahun bagi seluruh Negeri Selangor. Peruntukan ini diagihkan kepada 9 daerah di Negeri Selangor mengikut keperluan serta kuantiti aset elektrik yang berada di daerah tersebut. Sila rujuk Lampiran 1 untuk peruntukan yang telah dibelanjakan di Daerah Klang.

     

    Untuk Jalan Persekutuan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Selangor telah membelanjakan peruntukan berjumlah RM600,000.00 untuk menyelenggara lampu jalan dan lampu isyarat di seluruh Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.