Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

214) LAMPU JALAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jalan Hj. Abdul Manan yang menghubungkan Jalan Meru - Klang dari Klang Sentral dengan laluan 5 Pantai Barat adalah di bawah kawasan Majlis Perbandaran Klang. Jalan ini yang amat sibuk digunakan oleh pengguna Jalan raya pada waktu siang dan malam. Akan tetapi jalan tersebut masih tidak dipasang lampu jalan dan dalam keadaan gelap gelita pada waktu malam. Bila lagikah Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan memasang lampulampu jalan tersebut demi menjaga keselamatan dan kepentingan pengguna jalan raya tersebut selaras dengan slogan Kerajaan yang prihatin kepada rakyat ?

    Walaupun Jalan Hj. Abd. Manan (Jalan Negeri) terletak di bawah kawasan  Majlis  Perbandaran Klang, jalan tersebut adalah di bawah selenggaraan JKR termasuk penyediaan lampu jalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.