LAMPU JALAN DALAM TAMAN PERUMAHAN

117) LAMPU JALAN DALAM TAMAN PERUMAHAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan terhadap lampulampu jalan di kawasan taman-taman perumahan yang kerap rosak dan tidak di selenggara?

    Kerja-kerja penyelenggaraan lampu awam bagi kawasan taman perumahan terbahagi kepada 2 agensi terlibat iaitu pihak majlis dan Tenaga Nasional Berhad ( TNB ). Bagi lampu tiang jenis galvani pihak majlis bertanggungjawab secara langsung dari segi pembaikan dengan menjalankan kerja penyelenggaraan dan pemantauan secara jabatan dan dibantu oleh pihak kontraktor penyelenggaraan tahunan. Kekerapan kerosakan berpunca daripada vandalisme dan kecurian kabel. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini Majlis telah mengarahkan agar pintu selenggaraan ( servis door ) dipasang lengkap dengan ‘ spot welding’ bagi mengatasi masalah vandalisme ini. Manakala bagi lampu pada tiang konkrit adalah di bawah penyelenggaraan pihak TNB dengan pemantauan bersama oleh Majlis. Kadar kekerapan kerosakan lampu bagi tiang jenis konkrit adalah rendah.

Lampiran

Tiada Lampiran.