Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

168) LAMPU-LAMPU JALAN YANG BARU DIBINA DI LEBUHRAYA SELAYANG-KEPONG DARI FRIM KE STESEN MINYAK SHELL

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Lampu-lampu jalan di Lebuhraya Selayang - Kepong di bahagian dari FRIM ke stesen minyak Shell walaupun telah dibina beberapa bulan yang lalu masih belum bernyala sehingga kini. Apakah sebab lampu-lampu tersebut masih tidak diaktifkan dan bilakah ianya akan dinyalakan?

    Ini adalah Jalan Negeri B21.

    Lampu-lampu jalan tersebut masih tidak diaktifkan kerana belum mendapat kelulusan cas pemasangan sesalur dari TNB (permohonan telah dibuat pada awal bulan Jun 2016). Jangkaan lampu-lampu ini akan dinyalakan adalah pada penghujung bulan Ogos 2016 apabila bayaran bil cas pemasangan dibuat sepenuhnya.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.