Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

126) LAMPU LED BERKOS RM5.6 JUTA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan Kerajaan Negeri berkenaan pemasangan lampu-lampu jenis LED setiap PBT berkos RM5.6 juta seperti mana yang diwar-warkan dalam media?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan 50 unit lampu LED di setiap DUN di PBT Negeri Selangor dengan anggaran siling sebanyak RM5.6 juta. Kerajaan Negeri telah membuat penyelarasan dengan PBT berhubung lokasi dan pengesahan dari ADUN PBT masing-masing. PBT telah mengenal pasti kawasan yang bersesuaian berdasarkan kriteria hot spot jenayah dan nisbah pembahagian lokasi hendaklah 70% di kawasan perumahan dan 30% di jalan utama. Kerajaan Negeri akan menanggung kos pemasangan lampu LED dengan menggunakan peruntukan MARRIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.