Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

128) LAMPU LED

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah penjimatan kadar tenaga dan kos penyelenggaraan yang rendah dalam pemasangan lampu LED diambil kira dalam perbincangan yang memutuskan penangguhan pemasangan lampu LED di Selangor?

    Untuk makluman, berdasarkan cabutan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 30/2015 yang telah disahkan pada 22 September 2015 telah menimbang dan meluluskan cadangan penggunaan lampu jalan jenis light emmitted diode (L.E.D) bagi jalan- jalan negeri yang diselenggara di bawah geran Kumpulan Wang Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) dan belanja mengurus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut kriteria utama kawasan hotspot rekod jenayah dan/ atau kemalangan.

     

    Kerajaan Negeri telah membuat perbandingan terhadap lampu jenis L.E.D, lampu jalan jenis Sodium Oxide Neon (S.O.N) dan High Powder Sodium Vapor (H.P.S.V) dan mengambil kira beberapa aspek seperti berikut :

     

    Lampu L.E.D Lampu S.O.N Lampu H.P.S.V
    Darjah kecerahan lebih tinggi (cahaya putih) Darjah kecerahan lebih rendah (cahaya kuning) Darjah kecerahan tinggi (cahaya putih  tetapi guna tenaga elektrik

    lebih tinggi)

    Jangka hayat 5 tahun Jangka hayat 3-4 tahun
    Jimat elektrik (40% lebih

    rendah)

    Menggunakan (150 watt

    tenaga elektrik)

    Menggunakan (250 watt

    tenaga elektrik)

    Kos    awal    lebih    tinggi

    RM2K- RM3K seunit

    Kos mentol lampu dalam julat RM 492.00 ke RM

    1,000.00 seunit

     

    Secara teknikal, cadangan penggantian lampu S.O.N dan H.P.S.V kepada lampu L.E.D boleh dibuat dengan kos yang minimum tanpa melibatkan pertukaran kabel, tiang atau aksesori elektrik yang lain. Memandangkan permintaan lampu L.E.D semakin meluas, penggantian dan pemasangan hendaklah dibuat mengikut standard dan spesifikasi yang diluluskan oleh Jabatan Teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan lampu- lampu L.E.D berkenaan telah diluluskan di bawah Electrical Material Approved List (EMAL).

Lampiran

Tiada Lampiran.