Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

21) LANDSCAPING YANG MEMBURUKKAN IMEJ PBT

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf landscaping di kawasan PBT?

    Pelbagai usaha telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf landskap di kawasan PBT. Antaranya ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa Landskap Peringkat Negeri yang berperanan sebagai perantara di antara pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat Persekutuan seperti di Jabatan Landskap negara (JLN). Antara tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk:

    1. Mendapatkan penyelarasan dasar berkaitan garis panduan seragam landskap di setiap PBT Selangor
    2. Penghasilan Pelan Induk Landskap Selangor yang akan diperincikan ke PBT melalui penghasilan Pelan Induk Landskap (PIL) peringkat PBT yang dijangka pelaksanaannya pada tahun 2013.
    3. Mewujudkan identiti Landskap Negeri Selangor dan pelaksanaan penghijauan negeri untuk Negeri Selangor.

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan telah membuat penambahbaikan landskap dan mencadangkan program ‘Zon Hijau’ di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, di bawah pengendalian Seksyen PBT, UPEN dengan menekan elemen- elemen serta konsep 3 layer planting di semua PBT Selangor.

    Kerajaan Negeri melalui PBT turut mengambil langkah- langkah penambahbaikan landskap antaranya ialah:

    • Melaksanakan program penyelenggaraan landskap yang menyeluruh (Komprehensif);
    • Mengadakan kursus penyelenggaraan landskap untuk kontraktorkontraktor yang dilantik;
    • Melaksanakan program pengindahan dan penambahbaikan kawasan landskap dari semasa ke semasa;
    • Mengadakan program kawasan lapang angkat bersama persatuan penduduk;
    • Mengadakan program penanaman pokok bersama penduduk; dan vi. Memastikan pemaju mematuhi garis panduan permohonan kelulusan  landskap di kawasan pemajuan baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.