Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

198) LANGKAH ATASI PENCEMARAN AIR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah proaktif yang diambil kerajaan untuk menangani pencemaran bau air Sungai Semenyih supaya tidak berulang?

    Juga menjawab pertanyaan-pertanyaan berikut;

    1. Pertanyaan Mulut Oleh Y.B. Tuan Ir. Hj. Mohd Haslin Bin Hassan berkenaan Kualiti Air – Soalan #128
    2. Pertanyaan Mulut oleh Y.B. Pn. Yeo Bee Yin berkenaan Pengawalan Pencemaran Sungai – Soalan #173
    3. Pertanyaan Mulut Oleh Y.B. Pn. Haniza Binti Mohamed Talha berkenaan Keselamatan Sumber Air Selangor – Soalan #240
    4. Pertanyaan Mulut oleh Y.B. Tuan Ng Suee Lim berkenaan Isu Pencemaran Sungai Semenyih – Soalan #271

    Pelbagai usaha telah diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber air. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mewartakan semua 7 empangan di Negeri Selangor di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999. Selain itu, sejumlah 105 batang sungai kini turut telah melalui proses pewartaan di bawah peruntukan yang sama termasuklah Sungai Semenyih. Tujuan pewartaan ini adalah untuk melindungi sungai dan rizab sungai daripada gangguan kepada kuantiti, kualiti dan persekitarannya.

    Pemantauan berkala dilaksanakan oleh Lembaga bersama agensi berkaitan bagi memastikan sumber air dan kawasan tadahannya terpelihara daripada aspek kualiti dan kuantitinya.

    Penguatkuasaan bersepadu dan tindakan perundangan tegas turut sentiasa dilaksanakan antaranya siasatan, notis dan pengeluaran kompaun termasuk pendakwaan di mahkamah.

Lampiran

Tiada Lampiran.