Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

142) LANGKAH KERAJAAN NEGERI MENGHADAPI KELEMBAPAN EKONOMI SEKARANG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi dan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri?

    Bagi memastikan sektor pelaburan dan perdagangan terus berkembang dan terus tumbuh bagi merancakkan aktiviti ekonomi walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah-langkah seperti berikut;-

     

    Pengurusan

     

    • Menyediakan pelan perancangan strategik sektor
    • Memperkukuhkan peranan agensi penggalakan pelaburan seperti Invest Selangor bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para pelabur.
    • Memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur diperingkat Pihak Berkuasa
    • Memastikan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan- kawasan industri.
    • Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dengan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara kawasan – kawasan perindustrian yang sedia
    • Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju
    • Pihak Kerajaan Negeri menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and
    • Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB
    • Initiatif e-commerce bagi membantu usahawan tempatan melebarkan pasaran produk keluaran
    • Invest Selangor Talent initiative – menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi membantu para pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran yang
    • Invest Selangor Advisory Network – menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada pelabur.

     

    1.                  Networking

     

    • Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan pengalakkan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurang- kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang
    • Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing dalam dan luar Negara melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke
    • Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA
    • Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara

     

    2.                       Promosi

     

    • Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui pengiklanan dalam media cetak atau elektronik dalam dan luar
    • Penyertaan dalam pameran yang bertaraf
    • Penganjuran Selangor International Expo yang dijadualkan pada 26 – 28 November 2015 bertempat di Seri Kembangan, Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.