Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

54) LANGKAH KERAJAAN NEGERI TERHADAP PEMBANGUNAN YANG BERPOTENSI MENYEBABKAN KESESAKAN LALU LINTAS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan terhadap permohonan-permohonan projek pemaju yang berkemungkinan besar menyebabkan kesesakan lalu lintas? Adakah kajian seperti Traffic Impact Assessment (TIA) penting dalam menentukan kelulusan sebuah projek mega?

    Setiap permohonan pemajuan berdensiti tinggi atau yang mempunyai impak yang tinggi adalah tertakluk kepada pelan Rancangan Tempatan yang telah diwartakan di setiap PBT. Bagi memastikan kelestarian pembangunan di Negeri Selangor tercapai, pemaju perlu mengemukakan Kajian Impak Trafik (Traffic Impact Assessment) sebelum sesebuah projek pembangunan diluluskan oleh pihak Majlis. Pelaksanaan TIA ini adalah penting untuk menilai impak pembangunan kepada rangkaian pengangkutan dan mengenal pasti penyelesaian yang munasabah, berkenaan dengan pengalaman, untuk menangani kesan kenaikan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.