Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

289) LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN BAGI YANG TIDAK MELUNASKAN BAYARAN PENYELENGGARAAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah kerajaan terhadap pemilik-pemilik rumah bertingkat yang tidak melunaskan bayaran penyelenggaraan sehingga menyumbang kepada kegagalan tertubuhnya 'Joint Management Body' di sesebuah perumahan.

    Seksyen 23, Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 (Penyenggaraan dan Pengurusan) [Akta 663] mewajibkan pembeli membayar caj penyenggaraan dan pengurusan harta bersama. Kegagalan pembeli untuk membayar caj adalah satu kesalahan di bawah seksyen 34, Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 (Penyenggaraan dan Pengurusan) [Akta 663].

    Seksyen 43, Akta Bangunan Harta Bersama 2007 (Penyengaraan dan Pengurusan) [Akta 663] memperuntukkan pendakwaan hanya boleh dimulakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau dengan mendapat keizinan daripadanya. LPHS telah memperolehi keizinan tersebut bagi menjalankan pendakwaan di bawah Akta 663.

    Setakat dari Januari 2013 sehingga 31 Oktober 2014, LPHS telah menerima sebanyak 500 notis peringatan (yang lengkap) daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Selangor untuk menuntut tunggakan caj penyenggaraan dan pengurusan terhadap pembeli. Daripada 500 notis tersebut, 395 kes pendakwaan telah difailkan, 24 masih menunggu izin pendakwaan daripada Timbalan Pendakwaraya (TPR) Negeri Selangor dan baki 81 adalah di dalam penyempurnaan kertas siasatan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.