Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

50) LANGKAH-LANGKAH PUBLISITI KERAJAAN NEGERI BAGI PENGUMUMAN TENTANG CUKAI PETAK

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan proses-proses pengumuman serta jenis-jenis publisiti yang telah dilakukan Kerajaan Negeri bagi memperkenalkan cukai petak kepada seluruh warga Selangor

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah mengadakan publisiti antaranya:-

     

    • Penglibatan bersama orang awam, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) di tiga (3) lokasi iaitu melibatkan daerah Gombak, daerah Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
    • Menyertai sesi yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan antaranya Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Bandaraya Shah Alam.
    • Iklan cukai petak telah disiarkan media massa tempatan iaitu televisyen, radio dan media sosial semasa permulaan cukai petak diperkenalkan. Pada tahun ini juga PTGS telah meneruskan publisiti melalui media cetak, laman sosial yang terpilih dan lain-lain media seperti flyers dan sebagainya.

    PTGS juga merancang untuk mengadakan Karnival Cukai Petak pada 31 November 2019 dan 1 Disember 2019 bagi meningkatkan kesedaran yang lebih menyeluruh kepada semua pihak. Karnival tersebut  juga membolehkan orang ramai termasuk JMB/MC membayar cukai tanah/petak dengan fi denda lewat akan dikecualikan kepada pembayar yang menjelaskan bil semasa dan tunggakan pada hari tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.