Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

52) LANGKAH-LANGKAH PUBLISITI KERAJAAN NEGERI BAGI PROGRAM PEMBERDAYAAN DI BAWAH SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan langkah-langkah publisiti Kerajaan Negeri terhadap program Selangor Advance, Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS), Selangor Procure, E-Kitchen.

    Kerajaan Negeri menjalankan publisiti terhadap program-program yang dianjurkan melalui beberapa platform yang efektif dalam masa yang sama tidak melibatkan kos yang tinggi. Antara platform publisiti yang digunakan adalah seperti berikut:

    i. Program Jelajah
    Program berbentuk karnival dan jelajah diadakan mengikut SOP yang dibenarkan. Pada program sebegini kaunter bantuan Kerajaan dibuka bagi memberi penerangan lebih terperinci kepada peringkat akar umbi di setiap daerah.

    ii. Hebahan media sosial Facebook YB EXCO dan Jawatannkuasa Tetap Usahawan
    Hebahan juga dilakukan oleh YB EXCO dan Jawatankuasa Tetap Usahawan melalui laman Facebook masing-masing.

    iii. Hebahan media sosial agensi
    Setiap agensi Negeri Selangor mempunyai laman sesawang dan media sosial tersendiri. Selain memaparkan perkhidmatan yang ditawarkan, ia berfungsi sebagai medium hebahan program semasa yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri.

    iv. Hebahan media sosial perdana
    Penggunaan hebahan media sosial yang terkini seperti Facebook dan Instagram amat berkesan untuk capaian komunikasi kepada rakyat. Memandangkan kekangan keadaan semasa, rakyat berkomunikasi dan mengetahui berita semasa melalui hebahan alternatif dan terkini melalui media sosial utama seperti Facebook dan Instagram.

    v. Media Selangor
    Melalui Media Selangor, entiti ini menpunyai rangkaian hebahan seperti TV Selangor (Facebook, Instagram dan Twitter), Selangor Journal dan akhbar Selangorkin (Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil). Hebahan melalui entiti ini meliputi keseluruhan negeri Selangor.

    vi. Brosur program
    Brosur program juga digunakan untuk hebahan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Brosur-brosur ini di letakkan di Pejabat Daerah Tanah, Pusat Khidmat Masyarakat dan diedarkan pada program dan carnival jelajah rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.