Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

181) LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPERTINGKATKAN KECEKAPAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KERAJAAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah untuk mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di kawasan luar bandar yang mana Pejabat Daerah atau Jabatan Kerajaan menghadapi kekurangan tenaga kerja contohnya Pejabat Daerah Hulu Selangor tidak mempunyai Jurutera manakala kekosongan juruteknik kawasan JPS Hulu Selangor tidak diisi.

    Waran Perjawatan di semua Pejabat Daerah/ Tanah tidak memperuntukkan jawatan Jurutera. Namun, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Selangor mempunyai satu (1) Penolong Jurutera dan empat (4) Juruteknik bagi melaksanakan projekprojek pembangunan luar bandar. Satu mesyuarat dengan semua Pejabat Daerah Tanah (PDT) telah diadakan pada Februari 2013 bagi membincangkan keperluan Jurutera ditempatkan di PDT. Berdasarkan maklum balas yang diterima, tiada keperluan untuk mewujudkan jawatan Jurutera di PDT kerana Penolong Jurutera dan Juruteknik sedia ada memadai untuk melaksana dan memantau projek pembangunan luar bandar. Tambahan pula, projek-projek sedia ada adalah berskala kecil iaitu tidak melebihi RM500,000 dan juga tidak mempunyai spesifikasi dan skop kerja yang terlalu kompleks.

    Berhubung kekosongan juruteknik kawasan JPS Hulu Selangor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK telah membuat pengisian pada 1 Mac 2013 seramai  dua puluh (20) orang yang ditempatkan di JPS Selangor dan pengisian seterusnya dijadualkan pada 1 Julai 2013 seramai lapan (8) orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.