Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

328) LANGKAH MENARIK PELANGGAN KE PERPUSTAKAAN AWAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memohon diperjelaskan langkah-langkah menarik pelanggan (pengguna) bagi perpustakaan awam di daerah-daerah.

    1. Perkhidmatan perpustakaan di negeri Selangor bermula pada tahun 1971. Sehingga kini, PPAS mempunyai 1 perpustakaan ibu pejabat, 7 buah Perpustakaan Daerah,6 Perpustakaan Cawangan, 8 Perpustakaan Pekan, 55 buah Perpustakaan Desa Negeri dan 16 Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia, 3 unit Perpustakaan Bergerak. Perpustakaan ini telah memberikan perkhidmatan meliputi semua keperluan pembacaan, pembelajaran, penyelidikan dan rujukan serta perkhidmatan

     

    Bermula dari tahun 2009 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menempuh satu era perubahan yang dinamakan penjenamaan semula perpustakaan (rebranding).

     

    1. PENJENAMAAN SEMULA BANGUNAN-BANGUNAN PERPUSTAKAAN. Perpustakaan kini telah ditransformasikan menjadi hub ilmuan, hub pendidikan dan pusat tumpuan komuniti (community centric) dengan konsep Penjenamaan Semula Perpustakaan (rebranding) dan Perpustakaan sebagai Rumah Kedua Ku (Library My Second Home).

     

    Matlamat utama adalah bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah dan gejala sosial. Bermula pada tahun 2009, bangunan-bangunan perpustakaan mula dijenama, dengan konsep yang lebih menarik melibatkan:-

     

    1. Buku-buku dan bahan penyelidikan terkini (termasuk pembangunan koleksi bahasa cina dan Tamil di sebahagian perpustakaan yang dijenama semula)
    2. Infrastruktur
    3. Ruang bacaan yang lebih santai
    4. Perabot yang serba moden
    5. Perkhidmatan multimedia
    6. Internet dan wifi percuma
    7. Pusat siber rakyat
    8. Kemudahan kafetaria dan surau serta tandas yang

     

    Konsep penjenamaan semula perpustakaan melibatkan kepada 3 elemen perubahan yang meliputi:

    Pertama:

     

    Perubahan Hati, Minda dan Sikap Kakitangan

     

    Pembangunan dan penerimaan masyarakat terhadap perpustakaan haruslah bermula dari perubahan minda, sikap dan layanan kakitangan terhadap pengguna secara sopan, penuh hikmah dan professional.

     

    Kedua            :

     

    Pembangunan Infrastruktur Perpustakaan (Selesa, Cantik & Kondusif)

     

    Penekanan seterusnya adalah pembangunan infrastruktur yang kondusif dan menarik. Melaluinya, kami memberikan penekanan kepada perabut yang selesa, tandas yang bersih, ruang solat, kafe perpustakaan, perkakasan IT yang terkini, WiFi percuma dan dekorasi dalaman yang cantik dan ceria berkonsepkan ‘My Second Home’ atau ‘Rumah Keduaku’

     

    Ketiga            :

     

    Pembangunan Koleksi (Menarik, Terkini & Berkualiti)

     

    Penjenamaan ini diperkuatkan lagi dengan pembelian buku-buku yang terkini dan menarik. Kaedah susun aturnya juga berbeza dari yang biasa, dengan berkonsepkan book store seperti Kinokuniya dan MPH, buku-buku ini disusun dengan lebih menarik dan memudahkan pengguna untuk mengetahui buku-buku yang terbaru.

     

    Berikut adalah perpustakaan komuniti yang ditubuhkan bermula dari tahun 2010 dan telah mengalami perubahan melalui penjenamaan semula perpustakaan:

     

    BIL PERPUSTAKAAN TARIKH OPERASI
    1. Perpustakaan Pekan Semenyih, Hulu Langat 15 Mac 2010
    2. Perpustakaan   Komuniti   Bukit    Beruntung,   Hulu 14 April 2010
      Selangor  
    3. Perpustakaan Komuniti Taman Seri Manja, Petaling 18 Oktober 2010
      Jaya  
    4. Perpustakaan Komuniti Seri Perantau, Pelabuhan 31 Mei 2011
      Klang  
    5. Perpustakan Komuniti Ampang Waterfront, Hulu 17 Oktober 2011
      Langat  
    6. Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya, Ampang 9 Jun 2012
    7. Perpustakaan Komuniti Kajang 21 Februari 2013

     

    8. Perpustakaan Komuniti Rawang 24 Mac 2013
    9. Perpustakaan Komuniti Lembah Jaya 2 September 2014
    10. Perpustakaan Komuniti Sungai Udang, Klang 15 September 2014
    11. Perpustakaan Komuniti Sg. Pelek, Sepang Akan dibuka

     

    Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah menyenaraikan beberapa tindakan berikut untuk memperkasakan perkhidmatan pepustakaan daerah di seluruh negeri Selangor. Antaranya ialah:-

    1. Kempen keahlian ke sekolah-sekolah / tadika berdekatan (setiap Bulan)
    2. Menyertai karnival/ program yang dianjurkan oleh jabatan lain
    3. Mempergiatkan pinjaman berkelompok (setiap Bulan)
    4. Hari Bertemu Pelanggan diperluaskan ke peringkat cawangan, pekan dan desa (1 kali Setahun: Bulan November)
    5. Anugerah peminjam terbanyak di semua peringkat
    6. Sambutan Hari Perpustakaan (Bulan Oktober)
    7. Bulan Pengampunan: Bayaran denda dikurangkan (Bulan Jun)
    8. Promosi Pusat Siber Rakyat (PSR) & perkhidmatan IT Jabatan Kerajaan dan Sekolah-sekolah
    9. Peserta lawatan diwajibkan mendaftar sebagai ahli

     

    2.   PROGRAM GALAKAN MEMBACA, GALAKGUNA PERPUSTAKAAN DAN PEMBUDAYAAN ILMU

     

    Di dalam skala sederhana dan kecil semua pusat perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan:

     

    Diantara aktiviti dan program menuntut ilmu yang dilaksanakan adalah:

    1. Bicara buku (karya penulis tempatan)
    2. Kuiz/uji /ekplorasi minda
    3. Pertandingan bercerita, membaca pantas dan tulisan jawi,
    4. Pidato, deklamasi sajak dan
    5. Seminar Sejarah Lisan
    6. Sambutan Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa
    7. Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia
    8. Bengkel Jejak Maklumat
    9. Bengkel ICT
    10. Pengkisahan sejarah

     

    1. Ulasan Buku
    2. Kelas Al Quran & Tajwid
    3. Bina Minda melalui permainan
    4. Pameran Sempena Sambutan hari Kemerdekaan
    5. Sebagai usaha menggalakan pembacaan dalam kalangan masyarakat Anugerah Pembaca Aktif diadakan sebagai penghargaan kepada pengunjung yang kerap membaca dan meminjam buku perpustakaan

     

    Berikut adalah statistik program dan aktiviti yang dijalankan diseluruh negeri Selangor perbandingan 2010 sehingga 2014 (Jan-Sept):

     

    Tahun Jumlah Aktiviti
     

    2010

     

    522 aktiviti

     

    2011

     

    1,021 aktiviti

     

    2012

     

    1,824 aktivti

     

    2013

     

    2,629 aktiviti

     

    2014 (JAN-SEPT)

     

    2,825 aktiviti

     

    2 .1 Diantara program-program utama yang telah dilaksanakan dan mendapat sambutan dari rakyat Selangor adalah:

    Perpustakaan secara berterusan melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat dan telah mendapat sambutan menggalakan. Diantaranya seperti berikut:

     

     

    Bil

     

    Program

    Keberkesanan/ Pencapaian
     

    1.

     

    Program Bicara Karya

     

    Lima (5) siri program bicara buku-buku terbitan tempatan dengan tokoh pembicara seperti Sasterawan Negara, Doktor dan Professor.

     

    625 peserta

     

    2.

     

    Pertandingan berzanji dan marhaban

     

    350 peserta

     

     

    Bil

     

    Program

    Keberkesanan/ Pencapaian
     

    3.

     

    Aktiviti Dalaman di Perpustakaan Raja Tun

     

    148 aktiviti

      Uda Shah Alam  
      -Melukis, mewarna, bercerita 6,660 peserta
      -Permainan interaktif minda  
      -Buku skrap  
      -Origami  
     

    4.

     

    Akrtiviti Pesta Buku Selangor Tahun 2014

     

    63 Aktiviti

     

    5,966 peserta

     

    5.

     

    Aktiviti dan Program Galakan Membaca di perkhidmatan perpustakaan di seluruh Selangor

     

    1,716 aktiviti

     

    128,700 peserta

     

    6.

     

    Program Hari Buku dan Kanak-kanak Sedunia dijalankan serentak di 9 daerah

     

    2,250 peserta

     

    7.

     

    Seminar Sejarah Lisan Negeri Selangor

     

    175 peserta

     

    8.

     

    Seminar Kompas Penetapan Kalender Hijrah.

     

    215 peserta

     

    2.2 Statistik aktiviti di setiap perpustakaan Daerah (Jan-Sept 2014):

     

     

    Bil. Daerah Jumlah
        Dalaman Usahasama
    1. Sabak Bernam 403
    384 19
    2. Kuala Selangor 754
    718 36

     

    Bil. Daerah Jumlah
        Dalaman Usahasama
    3. Hulu Langat 465
    419 46
    4. Kuala Langat 159
    155 4
    5. Klang 246
    190 56
    6. Hulu Selangor 125
    116 9
    7. Petaling 95
    83 6
    8. Gombak 85
    81 4
    9. Sepang 115
    111 4

     

     

    AKTIVITI DALAMAN                                         2,263
    KERJASAMA DENGAN JABATAN                             184

    LAIN

    JUMLAH AKTIVITI                                          2,447

     

    • . Senarai program kempen di setiap DUN sejak ia

     

    1. Jelajah Generasi Muda (GEMS)
    2. Karnival anjuran DUN kawasan
    3. Karnival Cinta Seni Cantik di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya
    4. Latihan Kebakaran oleh Pihak Bomba untuk kakitangan di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
    5. Sambutan Hari Bumi di Perpustakaan Daerah Hulu Langat
    6. Jom Bercerita di Perpustakaan Cawangan Rawang
    7. Program Mencegah Gejala Sosial di Perpustakaan Daerah Klang

     

    1. Kempen Keahlian di seluruh perpustakaan di negeri Selangor
    2. Pinjaman berkelompok bahan-bahan bacaan

     

    • Jom Membaca Bersama 10 Minit
      • Diadakan secara serentak seluruh Malaysia pada 22 April 2014 pada jam 00 Hingga 10.10 pagi.
      • Jumlah keseluruhan di Selangor adalah sebanyak 610,000

    -Jumlah keseluruhan di Malaysia adalah sebanyak 2.5 juta pembaca.

     

     

    Sahabat Perpustkaan

    Sahabat perpustakaan salah satu inisiatif Majllis Pengarah–Pengarah Perpustakaan Awam Semalaysia (MPAM). Ia dilaksanakan di setiap perpustakaan awam seluruh Malaysia.

     

     

    Objektif :

    Membina perpustakaan yang kondusif, moden dan terkini, suasana yang ceria, memberi servis yang baik dan relevan kepada kehidupan masyarakat.

    Untuk mendapatkan sumbangan dan bantuan dari pelbagai pihak Perpustakaan sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat.

     

    Apa yang diperlukan untuk beri servis yang terbaik? Sukarelawan – 3 peringkat umur:

    Remaja 15-25 Tahun

    Belia 25-40 Tahun Warga Emas

    Derma/ sumbangan – memerlukan 3 perkara : Buku

    Kewangan Peralatan

     

    Perkongsian Ilmu – melalui perkongsian pengalaman, kepakaran dan ilmu dari golongan akademik, Persatuan Pesara dan sebagainya

    Memori  Kemerdekaan Pameran Memori Kemerdekaan

    Tema : logo , Tema Hari Kemerdekaan & Pembangunan Malaysia 1970-2014 Pameran Buku mengenai Kemerdekaan

    Perkongsian ilmu: Perspektif Lukisan dan Filatelli oleh En Mustafa Yahya (Tokoh BudayaNegeri Selangor) dan Ybhg. Dato’ Anura Basha (Persatuan Filateli Malaysia)

    Tayangan VCD mengenai sejarah hari kemerdekaan

     

     

    3. HARI ILMU DAN GERAKAN MEMBACA PERDANA NEGERI SELANGOR

     

    Bermula pada 26 Jun 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah mengisytiharkan Hari Ilmu Negeri Selangor, majlis perasmian telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor. Program ini mengajak rakyat meneruskan budaya membaca dengan menjenama gerakan membaca. Saban tahun, hari ilmu akan diisi dengan program- program bermanfaat seperti membaca serentak beramai-ramai melalui kempen “15 minutes reading break”, bacaan kegemaran saya, puisi, pidato, kuiz dan sebagainya.

     

     

    Tahun Tema Pencapaian Catatan
     

    2010

    Gerakan Membaca Perdana

    ‐ ‘The Largest Outdoor Reading Event in Malaysia’

     

    Pelancaran Gerakan Menulis Perdana 2010

    Tema : Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan’

     

    15,271

    peserta/ Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records

     

    Disempurnakan oleh:

    D.Y.M.M. Sultan Selangor

     

     

    Di Tasik Shah Alam

     

    2011

     

    Konvensyen Penulis

     

    – Tokoh Penulis Selangor 2011

     

    Berhenti Sebentar, Jom Baca

    (15 minutes reading break)

     

    300 penulis

     

     

    2,125 peserta

     

    Di Pusat konvensyen Shah Alam

     

     

    2012

     

    ‐    Tokoh Penulis Selangor 2012

     

    ‐    Tokoh Pustakawan Selangor 2012

     

    ‐    Baca & Amalkan

    (15 minutes reading break)

     

    Seorang Seorang

     

    7,275

    penyertaan

     

    Anjuran EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan

     

    Dilaksanakan di 9 daerah Negeri Selangor

     

    2013

     

    ‐   Baca, Amal dan Sumbangkan

     

    ‐   Gerakan Menulis Perdana Ke 2 Tema: Mengehsankan Insan Di Negeri Selangor’

     

    741 naskah sumbangan buku

     

    Sumbangan buku oleh pengunjung pesta buku.

     

    Program  masih berjalan

     

    2014

     

    – Gerakan Menulis Perdana Ke 3 Tema : Mengehsankan Insan Di Negeri Selangor”

     

    ‐         Jom Membaca Bersama 10 Minit

     

    ‐         Program    “15     minutes     reading break”

     

    4,887 orang penyertaan

     

    610,000

    Penyertaaan

     

    2,100

    Penyertaan

     

     

     

     

     

     

     

    Di Pusat konvensyen Shah Alam

     

    4.   PESTA BUKU NEGERI SELANGOR

     

    Pesta Buku negeri Selangor telah bermula pada tahun 2006 dan telah mendapat sambutan dari masyarakat sehinggalah ia dinamakan sebagai Pesta Buku ke 2 terbesar selepas Pesta buku Kuala Lumpur. Pesta Buku Selangor bertujuan bagi memberi peluang kepada komuniti untuk memilih dan memperolehi bahan bacaan berkualiti tinggi serta terkini.

     

     

    Perkara

     

    Tahun 2009

     

    Tahun 2010

     

    Tahun 2011

     

    Tahun 2012

     

    Tahun 2013

     

    Tahun 2014

     

    Tarikh

     

    24 Julai –

    3 Ogos

     

    25 Jun –

    5 Julai

     

    24 Jun –

    3 Julai

     

    29 Jun-

    9 Julai

     

    24 Mei –

    3 Jun

     

    29 Ogos-

    -8 Sept

     

    Tempat

     

    Kompleks

     

    Kompleks

     

    Pusat

     

    Pusat

     

    Pusat

     

    Pusat

     

      PKNS PKNS Konvensyen

    Shah Alam

    Konvensyen

    Shah Alam

    Konvensyen

    Shah Alam

    Konvensyen

    Shah Alam

     

    Pempamer

     

    64

     

    58

     

    75

     

    86

     

    81

     

    80

     

    Gerai/Booth

     

    114

     

    114

     

    157

     

    163

     

    163

     

    140

     

    Pengunjung

     

    390,961

     

    423,315

     

    353,530

     

    348,235

     

    312,290

     

    317,896

    Kempen

    Kahlian Baru

     

    2,027

     

    904

     

    1,661

     

    3,161

     

    3,225

     

    3,821

     

    5.    PROGRAM GALAKAN MEMBACA KEBANGSAAN TAHUN 2014

     

    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bersama Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Se Malaysia yang juga dianggotai oleh Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis, Sabah dan Sarawak merancang untuk menjalankan Program Galakan Membaca Kebangsaan secara serentak diseluruh Negara bagi memberi impak yang lebih meluas kepada masyarakat.

    Diantara program ialah:

     

    1. Kempen Berhenti Sebentar, Jom Baca (lets read together) (Sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia)

     

    1. Pelancaran Sahabat Perpustakaan (Friends of Library) (Sempena Hari Belia Negara)

     

    • Pameran Memori Korporat (Sempena Hari Kemerdekaan)

     

    1. Pelancaran: ‘Kids For Nation’ – Ilmu diJunjung, Warga Emas diSanjung (Sempena Hari Warga Emas dan Hari Kanak-Kanak Sedunia)

     

    vii.                         Kempen     berhenti        sebentar,          jom         baca     (Let’s read together) Diadakan secara serentak seluruh Selangor pada 22 April 2014 pada jam

    10.00 hingga 10.10 pagi.

    1. Mengumpulkan hampir 2,000 penyertaan di Perp. Raja Tun Uda, Shah Alam
    2. Melibatkan 500 Buah sekolah di sekitar Selangor
    3. Melibatkan lebih 50 buah jabatan di seluruh Selangor

     

    1. Jumlah keseluruhan penyertaaan 610,000 penyertaaan
    • Jumlah keseluruhan di Malaysia adalah sebanyak 2.5 juta

     

    CABARAN

     

    Peranan perpustakaan adalah amat penting dalam melaksanakan program/aktiviti galakan membaca secara berterusan.

    Sejajar dengan itu, perpustakaan akan meneruskan jalinan kerjasama dengan pelbagai institusi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan serta berganding bahu melaksanakan program/aktiviti galakan membaca dengan lebih kreatif. Program promosi dan publisiti akan ditambah, kerana peranan media massa khususnya media elektronik dan media cetak penting dalam membantu meningkatkan keberkesanan program dan aktiviti yang dijalankan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.