Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

217) LANGKAH MENINGKATKAN HASIL NEGERI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah bagi meningkatkan hasil Negeri Selangor selain daripada cukai dan premium tanah?

    Langkah-langkah  selain bagi meningkatkan hasil selain daripada  cukai dan premium tanah adalah:

     

    • pewujudan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri yang membantu Kerajaan Negeri dalam menguruskan lebihan tunai dengan lebih efisien di samping memberi pulangan faedah yang optimum;
    • Penguatkuasaan oleh Unit Cukai Hiburan Perbendaharaan Negeri Selangor ke atas pengusaha Pusat Hiburan / Panggung Wayang / Taman Tema / Litar Lumba / Pertunjukan Pentas bagi memastikan duti hiburan diterima oleh Kerajaan Negeri;
    • pengenaan Caj Royalti bagi Pokok Getah, Kelapa Sawit dan Kelapa sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual Kedua Kaedah-Kaedah Hutan Selangor (Pindaan 2017) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor;
    • pengenaan Caj Fi Premium Kawasan, Permit Penggunaan serta caj fi-fi yang berkaitan penggunaan kawasan Hutan Simpanan Kekal dan pengeluaran hasil hutan berdasarkan Kaedah-Kaedah Hutan Selangor (Pindaan) 2017 yang telah dinaikkan kadar oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor;
    • melaksanakan semakan semula kadar ke atas Kaedah-Kaedah Pusat Veterinar (Pindaan) 2007 kerana terdapat pertambahan perkhidmatan dan kadar bayaran yang dikenakan ketika ini adalah berdasarkan kadar pada 11 tahun dahulu;
    • merangka pengenaan Fi Pemprosesan dan Wang Cagaran Permohonan Papan Iklan di dalam Rizab Jalan Negeri oleh Jabatan Kerja Raya Negeri;
    • melaksanakan Akta 795 berkaitan Access Benefit Sharing (ABS) yang bertujuan untuk memastikan sumber hasil biodiversity yang dikomersialkan bagi tujuan penyelidikan, perubatan dan kosmetik dipantau dan dikongsikan. Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Perhutanan Negeri akan memproses permohonan permit dan mengenakan bayaran bagi setiap permohonan yang diluluskan; dan
    • merangka pelaksanaan Kaedah-Kaedah Perikanan Darat (akuakultur). Apabila ia dikuatkuasakan kelak, semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perikanan darat (akuakultur) akan dikenakan caj-caj tertentu di mana pada ketika ini tiada sebarang ikatan untuk pengenaan sebarang caj. Selain daripada itu juga, tindakan penguatkuasaan boleh dilaksanakan dengan lebih baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.