Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

156) LANJUTAN PAJAKAN TANAH

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejak dilancarkan, berapa permohonan untuk lanjutan pajakan diterima, bilangan yang berjaya diproses mengikut Pejabat Daerah?

    Sejak Skim pemilikan tanah bagi tujuan kediaman dengan bayaran RM1,000 dilaksanakan, terdapat sebanyak 2,043 permohonan diterima dan sebanyak 1,505 permohonan telah diluluskan bagi tujuan lanjutan tempoh pajakan.

    Melalui skim ini, Kerajaan Negeri menyasarkan semua tanah milikan individu yang telah tamat atau hampir tamat tempoh pajakan dapat diperbaharui tempoh pajakannya.

    Pecahan permohonan mengikut daerah seperti dalam jadual berikut :

    Jumlah Bilangan Permohonan Lanjut Tempoh Pajakan dan Bilangan Yang Berjaya di Proses Sejak Dilancarkan Sehingga November 2012

    BIL DAERAH BILANGAN

    PERMOHONAN

    BILANGAN

    PERMOHONAN

    LULUS

    1 Hulu Selangor 94 20
    2 Hulu Langat 377 287
    3 Kuala Selangor 123 108
    4 Petaling 987 730
    5 Sepang 28 10
    6 Kuala Langat 76 76
    7 Gombak 105 105
    8 Sabak Bernam 27 8
    9 Klang 226 161
    JUMLAH 2043 1505

Lampiran

Tiada Lampiran.