Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

58) LANJUTAN TEMPOH PAJAKAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan lanjutan tempoh pajakan untuk Hakmilik PN10075, Lot 10, Seksyen 10, Bandar Petaling Jaya?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke – 16/2018 yang bersidang pada 31 Mei 2018 dan telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke – 17/2018 pada 05 Jun 2018 telah menimbang dan meluluskan permohonan pemberimilikan tanah ini kepada Registered Trustees Of The Assemblies Of God Of Malaysia ke atas hakmilik PN 10075 Lot 10 di Seksyen 10, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling seluas 10070.6387 meter persegi (2.488509 ekar) untuk melanjutkan tempoh pajakan selama 99 tahun bagi tujuan bangunan kemasyarakatan. Pentadbiran ini telah mengeluarkan notis Borang 5A kepada pemohon dengan bayaran premium sebanyak RM3,401.00 dan pemohon juga dikehendaki menjelaskan bayaran Caruman Parit berjumlah RM24,885.09 kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor melalui surat dalam siri rujukan Bil. (9) dlm.PTD.P2A/BJP 01/2014 bertarikh 21 Ogos 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.