Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

99) LANTIKAN BARU AHLI MAJLIS KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri menyediakan kursus latihan atau seminar untuk menambahkan pengetahuan atau pendedahan para ahli majlis agar mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik?

    Pada awal pelantikan, Kerajaan Negeri telah pun menyediakan kursus kepada setiap Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di Institut Latihan PBT, Morib, Kuala Langat di mana kursus tersebut merangkumi keseluruhan tatacara pengurusan dan pentadbiran PBT dengan tujuan bagi menambah pengetahuan kepada Ahli-Ahli Majlis dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik. Berikut adalah bilangan Ahli-Ahli Majlis yang mengikuti kursus tersebut sebanyak 7 siri:-

    BIL PERKARA BILANGAN KEHADIRAN
    1 Siri Pertama 49
    2 Siri Kedua 35
    3 Siri Ketiga 43
    4 Siri Keempat 46
    5 Siri Kelima 41
    6 Siri Keenam 26
    7 Siri Ketujuh 30
      Jumlah Keseluruhan  270

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif dengan memberi pendedahan melalui Pembentangan Kertas Kerja semasa penganjuran bagi Persidangan Ahli Majlis PBT Selangor serta Pelaksanaan Seminar

    Kesedaran Integriti dan Pencegahan Rasuah Negeri Selangor yang melibatkan semua Ahli Majlis.

    Untuk makluman, Pihak Berkuasa Tempatan juga turut membantu menyediakan beberapa kursus untuk memantapkan lagi pengetahuan dan juga pemahaman Ahli Majlis sepanjang perkhidmatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.