Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

140) LANTIKAN JAWATAN DALAM ANAK SYARIKAT SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan Ketua Jabatan Agama untuk Kumpulan Perangsang Selangor Berhad bagi tahun 2004-2014 dan skop kerja jawatan tersebut.

    Dari tahun 2004 – 2014, hanya seorang sahaja pemegang jawatan Ketua Jabatan Agama di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (“Perangsang Selangor”) iaitu Ustaz Zaharudin bin Muhammad (“Ustaz Zaharudin”).

     

    Jabatan Agama merupakan jabatan baharu yang diwujudkan setelah mendapat kelulusan dari Lembaga Pengarah Perangsang Selangor dalam pembentangan bajet 2012 pada 31 Januari 2012. Jabatan Agama mula beroperasi mulai 15 Februari 2012. Jabatan ini mempunyai lima orang warga kerja yang terdiri daripada Ustaz Zaharudin sendiri selaku Ketua Pegawai Agama (Chief Religious Officer) serta empat Eksekutif Agama.

     

    Ustaz Zaharudin merupakan individu pertama yang menyandang jawatan Ketua Pegawai Agama di Gred E9. Skop jawatan Ketua Pegawai Agama antaranya adalah seperti berikut:

     

    • Merancang, mengkoordinasi dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan bagi memenuhi keperluan jasmani dan rohani warga kerja Perangsang Selangor dan anak-anak Syarikat serta komuniti setempat dalam usaha mempertingkatkan lagi ilmu, penghayatan dan kecintaan mereka terhadap agama Islam sebagai ad-deen (Way of Life);

     

    • Memberi pandangan dan khidmat nasihat kepada pihak Pengurusan berkaitan aktiviti perniagaan bagi memastikan kepatuhan dari sudut syariah;

     

    • Merencana strategi bagi membantu Perangsang Selangor dan anak-anak syarikat melahirkan warga kerja yang tawaduk (rendah diri) dan sentiasa berpegang kepada etika kerja berlandaskan Syariat Islam;

     

    • Berperanan dalam memberi khidmat nasihat berkenaan zakat serta mengenal pasti asnaf-asnaf yang layak di peringkat negeri Selangor bagi tujuan pengagihan zakat Perangsang Selangor dan anak-anak syarikat; dan

     

    • Merancang dan memainkan peranan proaktif bagi melaksanakan aktiviti dakwah dan tarbiyah untuk komuniti

     

Lampiran

Tiada Lampiran.