LAPOR JALAN ROSAK MELALUI APLIKASI WAZE

40) LAPOR JALAN ROSAK MELALUI APLIKASI WAZE

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan PBT yang telah melaksanakan sistem lapor jalan rosak melalui aplikasi Waze.

    Setakat bulan Oktober 2017, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berikut telah melaksanakan sistem lapor jalan berlubang melalui aplikasi Waze sebagai satu saluran alternatif kepada rakyat untuk membuat pelaporan keadaan jalan berlubang di Negeri Selangor:-

    1.    Majlis Bandaraya Shah Alam

    2.    Majlis Bandaraya Petaling Jaya

    3.    Majlis Perbandaran Subang Jaya

    4.    Majlis Perbandaran Ampang Jaya

    5.    Majlis Perbandaran Klang

    6.    Majlis Perbandaran Kajang

    7.    Majlis Perbandaran Selayang

    8.    Majlis Perbandaran Sepang

    9.    Majlis Daerah Kuala Langat

    10. Majlis Daerah Kuala Selangor

    11. Majlis Daerah Hulu Selangor

    12. Majlis Daerah Sabak Bernam

Lampiran

Tiada Lampiran.