Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

85) LAPORAN EIA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria yang perlu dipatuhi dalam penyediaan laporan EIA dan DEIA?

    Kriteria yang perlu dipatuhi dalam penyediaan Laporan EIA dan DEIA adalah:

    1. Tertakluk kepada peruntukan di bawah Seksyen 34A (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 – mana-mana orang yang berhasrat untuk melakukan apa-apa aktiviti yang ditetapkan seperti yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama dan Jadual Kedua, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling), 2015 hendaklah melantik orang yang berkelayakan (jururunding EIA berdaftar) untuk melakukan penilaian persekitaran (Laporan EIA dan DEIA) dan menyerahkan kepada Ketua Pengarah Alam Sekeliling;
    2. Perbezaan bagi aktiviti yang ditetapkan di bawah Jadual Pertama dan Jadual Kedua, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling), 2015 adalah dari segi saiz atau kuantum aktiviti/projek yang akan dilaksanakan. Aktiviti di bawah Jadual Pertama tidak memerlukan pameran awam dan ulasan awam berbanding aktiviti di bawah Jadual Kedua yang memerlukan penglibatan awam melalui pameran dan ulasan awam ; dan
    3. Tertakluk kepada peruntukan di bawah 34A (4) (a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 – aktiviti yang ditetapkan hendaklah sejajar dengan Rancangan Fizikal Negara dan Rancangan Pembangunan Di bawah Akta 172.

Lampiran

Tiada Lampiran.