Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

197) LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2012 (NEGERI SELANGOR, SIRI 3) – KUMPULAN WANG AMANAH PENYENGGARAAN JALAN NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pihak audit mendapati bahawa Kerajaan Negeri mempunyai dana terkumpul Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri berjumlah RM631.27 juta pada akhir tahun 2012. Apakah rancangan kerajaan negeri supaya dapat membelanjakan baki terkumpul dengan optimum?

    Arahan Amanah Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri

    Kerajaan Negeri Selangor yang telah diluluskan oleh Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Selangor pada 26 Mac 2014 telah memperuntukkan penubuhan

    Jawatankuasa Pentadbiran Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri. Jawatankuasa Pentadbiran Kumpulan Wang Amanah boleh diadakan sekerap mungkin bagi membincangkan perancangan dan kemajuan pelaksanaan projek-projek penyenggaraan jalan negeri di Selangor oleh Agensi Pelaksana.  Kekerapan mesyuarat bersidang pada tahun 2013 adalah sebelas (11) kali dan tahun 2014 ini telah diadakan satu (1) kali.

    Kerajaan Negeri telah membuat perancangan yang komprehensif seperti berikut:-

    1. Memastikan semua Jabatan/Agensi Pelaksana memahami keperluan sebenar dalam membuat permohonan pelaksanaan kerja-kerja di bawah MARRIS yang selari denganGaris Panduan Penyenggaraan Jalan Negeribagi mempercepatkan proses kelulusan;
    2. Memastikan semua Jabatan/Agensi Pelaksana mengemaskini data di dalam Sistem MARRIS Online untuk semua jalan di bawah seliaan Jabatan/Agensi Pelaksana; iii. Membuat semakan ke atas jalan-jalan yang berdaftar dan tidak berdaftar; iv. Mengemaskini rekod perubahan taraf jalan (fokus kepada semakan taraf jalan kerana ia memberi kesan kepada per km jalan yang didaftarkan);
    3. Memastikan Agensi pelaksana menyediakan perancangan awal untuk suku tahun pertama;
    4. Selain aktiviti yang dirancang, Jawatankuasa Pentadbiran Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri turut mempertimbangkan permohonan-permohonan tambahan yang selaras dengan skop MARRIS berdasarkan kepada keperluan tambahan; dan

    Penambahbaikan keatas tatacara pengurusan Kumpulan Wang Penyenggaraan Jalan Negeri ini dibuat dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian di Pihak Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.