Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

80) LAPORAN TENTANG PRESTASI KERAJAAN NEGERI SEPANJANG 2008 Ð 2012

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dimanakah rakyat Selangor boleh mendapatkan laporan prestasi kerajaan negeri setiap tahun?

    Berkenaan laporan prestasi kerajaan negeri, saya kira lebih adil jika saya selaku ketua kerajaan mencadangkan agar rakyat di negeri ini menilai prestasi kerajaan negeri melalui laporan dan penilaian pihak ketiga yang berautoriti. Dalam hal ini saya syorkan untuk rakyat di negeri ini menyemak prestasi kerajaan negeri menerusi Laporan Audit Negara. Dalam laporan tersebut telah terangkum laporan prestasi semasa pentadbiran negeri dan prestasi kewangan negeri setiap tahun. Semua itu boleh diperoleh di laman web Jabatan Audit Negara dan boleh dimuat turun untuk memudahkan kerja-kerja penilaian dan semakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.