Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

66) LARANGAN ADUN KE SEKOLAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Persekutuan di bawah BN melarang ADUN-ADUN Pakatan Rakyat melawat ke sekolah Ð sekolah di bawah Kerajaan Persekutuan. Adakah sebarang rundingan bakal dilakukan antara Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Persekutuan mengenai isu ini?

    Kerajaan Negeri amat mengambil berat tentang sikap berat sebelah yang dipraktikkan
    oleh Kerajaan Persekutuan dalam perihal pendidikan. Pejabat Menteri Besar telah pun
    menulis kepada Kerajaan Persekutuan meminta penjelasan dalam perkara ini. Saya
    juga turut membangkitkan perkara ini di dalam pertemuan saya bersama Y.A.B Perdana
    Menteri. Namun demikian, beliau hanya memanjangkan perkara ini kepada Menteri
    Pelajaran untuk penjelasan. Akan tetapi, sehingga hari ini tiada penjelasan yang telah
    diberikan oleh Menteri Pelajaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.