Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

148) LARANGAN BUKAN ISLAM BERCERAMAH DI MASJID DAN SURAU

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas masjid dan surau yang membenarkan orang bukan islam berceramah?

    Langkah dan tindakan yang diambil mengikut Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid Dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995 Pindaan Tahun 1999 dan 2001 adalah:

    • Mengeluarkan surat tunjuk sebab dan mohon penjelasan dari Nazir Masjid atau Pengerusi Surau yang
    • Memanggil dan mendengar penjelasan dari Nazir atau Pengerusi Surau berkenaan serta jawatankuasa lain yang terlibat .
    • Mengeluarkan surat peringatan atau tindakan lain yang berkaitan kepada orang bukan Islam yang berceramah
    • Membawa isu nazir dan pengerusi surau ke Mesyuarat Panel Islah Dan Tatatertib, Jawatankuasa Kariah MAIS untuk mendapatkan syor dan pandangan tindakan tatatertib yang wajar dikenakan ke atas Nazir Masjid atau Pengerusi Surau tersebut sama ada ditarik balik tauliah, gantung sementara atau ditamatkan pelantikan mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.