Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

113) LARANGAN PENGGUNAAN POLISTIRENA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah pencapaian dalam perlaksanaan larangan penggunaan polistirena di agensi-agensi kerajaan negeri?

    Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik pada setiap hari Sabtu bermula 1 Januari 2011. Pada bulan Jun 2011, satu Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) SPBT Bil. 2/2011 Bagi Pelaksanaan Kempen Kesedaran Kitar Semula Serta Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan Polistirena di Bangunan- bangunan Kerajaan Negeri Selangor telah dikeluarkan dan berkuat kuasa serta- merta. Kempen tersebut telah diadakan secara berperingkat iaitu:

     

    1. Peringkat pertama: bermula Julai 2011 sehingga Disember 2011, gerai- gerai dan kafeteria di Bangunan-bangunan Kerajaan Negeri tidak dibenarkan untuk menggunakan beg plastik dan polistirena pada setiap hari Jumaat; dan

    Peringkat kedua: dijalankan pada setiap hari Isnin dan Jumaat bermula pada bulan Januari 2012 sehingga bulan Jun 2012

    Selain itu, satu kajian keberkesanan pelaksanaan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Selangor telah dilaksanakan pada tahun 2014 dan hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran orang ramai terhadap kempen ini adalah tinggi iaitu sebanyak 94%. Manakala 77% responden menyokong penambahan hari bagi pelaksanaan kempen ini.

    Pada 23 Jun 2016, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menimbang dan meluluskan Cadangan Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan Polistirena di Negeri Selangor melalui Kertas Pertimbangan MMKN Ke 21/2016 dan cadangan tersebut telah disahkan oleh MMKN ke 22/2016 pada 13 Julai 2016.

    Pelaksanaan pengurangan penggunaan beg plastik dan polistirena ini akan bermula pada bulan September 2016 di semua majlis-majlis rasmi dan dibangunan kerajaan Negeri Selangor pada setiap hari. Seterusnya, pelaksanaan pengurangan penggunaan beg plastik dan polistirena di seluruh Negeri Selangor akan bermula pada bulan Januari 2017 pada setiap hari melibatkan semua jenis perniagaan di Negeri Selangor termasuk premis makanan dan pasar malam.

    Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan menyelaraskan polisi larangan penggunaan beg plastik dan polistirena melalui semua PBT di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri akan mewajibkan pemasangan billboard dan banner dengan reka bentuk seragam pengurangan penggunaan beg plastik dan polistirena di setiap PBT bagi tujuan promosi, pendidikan dan meningkatkan kesedaran pengguna. Selain itu, setiap PBT perlu meletakkan syarat penyediaan beg plastik secara percuma dan larangan penggunaan penggunaan polistirena dalam syarat-syarat permohonan lesen.

Lampiran

Tiada Lampiran.