Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

185) LARANGAN PREMIS KERAJAAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN POLITIK

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan pendirian Kerajaan Negeri berkaitan larangan penggunaan premis milik Kerajaan untuk kegunaan politik.

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat edaran bertarikh 4 April 2018 kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan Larangan Penggunaan Kemudahan Dewan Serba Guna/ Dewan Orang Ramai/ Ruang Terbuka dan kawasan lapang untuk tujuan aktiviti parti-parti politik. Secara umumnya, kemudahan-kemudahan tersebut adalah untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan program-program yang berkaitan dengan PBT masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.