Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

39) LATIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Latihan kemahiran adalah amat penting untuk remaja yang telah tercicir dari sekolah. Tujuan latihan sebegini adalah untuk menyediakan mereka untuk sebagai tenaga kerja yang mahir, yakni, tenaga kerja yang berpendapatan tinggi di masa hadapan. Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) ditubuhkan semata-mata untuk menghadapi cabaran ini pada tahun 2001 dengan menelan belanja sebanyak RM38 juta tetapi didapati pada masa ini kurang digunakan. Berapakah jumlah maksimum bilangan pelajar yang boleh ditampung oleh IKYS untuk memberi latihan dan kursus-kursusyang berasaskanteknikal?

    Jumlah maksimum pengambilan pelajar bagi mengikuti program;

    i. Kemahiran Elektrik (Pentauliah daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia)
    adalah seramai 120 orang bagi setiap tahun atau 240 pelajar dalam satu
    masa program.

    ii. Kemahiran Penyejukbekuandan Penghawa dingin (Pentaulian daripada
    Jabatan Pembangunan Kemahiran)dengan had maksima 24 pelajar bagi
    setiap kelas.

    Had maksima kemudahan asrama yang boleh digunakan adalah seramai 300
    pelajar.

Lampiran

Tiada Lampiran.