Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

38) LATIHAN KEUSAHAWANAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk 5 tahun akan datang bagi melatih usahawan - usahawan baru terutama di kalangan belia?

    Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai perancangan bagi melatih usahawan – usahawan baru terutamanya di kalangan belia. Buat masa sekarang. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Belia sedang merangka beberapa program usahawan belia seperti Rakan Printis atau lebih dikenali Apperentiseship. Program pertama Apprentiseship ini akan memfokuskan kepada bidang pertanian dan akan meluaskan skopnya lagi pada projek yang akan datang. Apperentiseship ini bertujuan untuk membuka peluang kepada belia untuk menjadi usahawan dari peringkat awalan hingga akhiran. Peringkat ini ialah dari segi bahan mentah (Contract Farming), pemprosesan, pembungkusan, pemasaran dan pengedaran.

    Selain itu, Jawatankuasa ini turut merancang untuk mengadakan Koperasi Belia pada peringkat PBT. Koperasi Belia ini berperanan sebagai pergabungan tenaga mahir dalam membangunkan sesebuah ekonomi setempat. Konsep koperasi ini dipilih kerana mampu menangani masalah modal atau kewangan oleh usahawan dalam menjalankan perniagaan. Tambahan pula ahli koperasi boleh mendapat faedah dengan pemberian dividen pada setiap tahun.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.