Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

92) LATIHAN PENGURUSAN PENGERUSI SURAU

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan melatih AJK surau dengan kemahiran soft skills untuk meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dan ilmu asas mendidik ummah (ahli kariahnya)?

    Latihan tersebut dianjurkan oleh beberapa agensi antaranya Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kolej Islam Universiti Antarabangsa, dan Masjid Negeri Shah Alam atas inisiatif Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS dan MAIS. JAIS dan MAIS juga telah menetapkan kehadiran ke Program Latihan atau kursus di kalangan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau sebagai wajib. Malah ianya akan dijadikan merit kepada Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau yang boleh dikenakan tindakan amaran dan tatatertib tidak boleh dipertimbangkan untuk pelantikan bagi sesi pelantikan akan datang.

     

    Antara program latihan yang dilaksanakan pada tahun 2016:

     

    1. Konvensyen Melestari Pengurusan Masjid
    2. Kursus Imam Profesional Masjid Kariah
    3. Seminar Kecemerlangan Muslimah Masjid
    4. Kursus Profesionalisme Setiausaha Masjid
    5. Kursus Pengurusan Surau Cemerlang
    6. Kursus Imam Profesional Dalam Negara untuk Masjid Daerah, Masjid Diraja dan Masjid Naik Taraf
    7. Kursus Imam Profesional Luar Negara untuk Masjid Daerah, Masjid Diraja dan Masjid Naik Taraf
    8. Program Latihan Intensif Khatib Profesional
    9. Kursus Sijil Tinggi Pengurusan Imam

Lampiran

Tiada Lampiran.