Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

18) LATIHAN USAHAWAN IT (SITEC)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peserta yang telah menyertai Program SITEC mengikut daerah di Negeri Selangor?

    Majlis Teknologi Maklumat dan E-dagang Selangor (SITEC) adalah satu agensi ditubuhkan di bawah Invest Selangor pada tahun 2015. Visi dan misi SITEC adalah membangunkan Selangor sebagai Hub Dagangan Serantau untuk E-dagang serta membangunkan ekosistem syarikat startup.

    Untuk meneraju aktiviti ekonomi di dua industri utama iaitu startup serta e-dagang, pelbagai inisiatif telah dilancarkan atas empat teras utama, termasuk:

    i. SITEC Online 100
    ii. SITEC Brands 100 (Program ini diperkenalkan pada tahun 2020 untuk menggantikan Program SITEC Apps 100 yang pernah ditawarkan pada 2015 hingga 2019)
    iii. Pusat Kreative Digital Selangor yang diisytiharkan sebagai Malaysia Digital Hub pada tahun 2018 hingga sekarang. (Selangor Digital Creative Centre-SDCC)
    iv. Kelas E-dagang dan Jelajah Usahawan Digital Selangor

    Sekurang-kurang 41,863 peserta telah mengambil bahagian dalam aktiviti SITEC sepanjang lima tahun sejak penubuhan, seperti pecahan berikut:

    Program-program SITEC adalah terbuka kepada semua peniaga/ rakyat yang beralamat di Selangor tanpa mengira asal usul daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.