Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

98) LAWATAN KE LUAR NEGARA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa kalikah lawatan yang diberi peluang kepada Ahli Dewan Negeri?

    Tiada had bilangan yang ditetapkan bagi lawatan ke luar negara oleh Ahli Dewan Negeri (ADN).

    Walau bagaimanapun peluang lawatan dan tempat-tempat yang dipilih adalah berdasarkan kepada tujuan lawatan dibuat, justifikasi yang kukuh serta peruntukan yang mencukupi sebelum diangkat untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.